Suhaimi
Khor Zulkifli & Chang adalah sebuah firma yang sudah lama ditubuhkan
sejak 1976 dan merupakan salah satu daripada firma-firma yang paling lama
dan sebuah firma butik yang bereputasi baik di Kuala Lumpur, Malaysia.
Firma kami ditubuhkan oleh empat rakan-rakan kongsi pengasas iaitu: Suhaimi
@ Sulaiman bin Said, James Khor Kean San, Zulkifli Amin bin Nordin dan
Matthias Chang Wen Chieh.
Empat rakan-rakan kongsi pengasas ini yang bertemu
di Inns of Court, London sejak awal 1970 kembali ke Kuala Lumpur, Malaysia
selepas dibenarkan masuk sebagai Barrister di Inns of Court mereka masing-masing.
Cita-cita mereka adalah untuk bekerjasama berganding bahu dan membina
sebuah firma undang-undang yang dinamik di Kuala Lumpur. Mereka ingin
mewujudkan satu suasana profesional di mana semua peguambela-peguamcara
boleh bekerjasama, berkembang dan bertambah maju dalam disiplin undang-undang
masing-masing.
Kami amat bangga kerana kemajuan firma telah membuka
jalan untuk banyak peluang. Matthias Chang kami telah diberi penghormatan
untuk berkhidmat untuk negara apabila beliau dilantik sebagai Setiausaha
Politik kepada Perdana Menteri Ke-4 Tun Dr. Mahathir Mohammed dari 26hb
Jun 2001 hingga 31hb Oktober 2003. Beliau telah pun kembali ke firma dan
berpraktis semula.
Visi kami adalah untuk mengembangkan firma kami
dengan matlamat strategik untuk mengeratkan perhubungan kerjasama dengan
peguam-peguam di serata dunia dan dengan penasihat-penasihat perniagaan
untuk memastikan kami dapat memenuhi semua cabaran globalisasi. Visi firma
kami sama dengan visi RabotLaw Legal Practice di Ghent, Belgium dan kami
bersama-sama telah menubuhkan Eurasia
International Legal Network dalam Jun 2003. Objektif rangkaian
ini adalah untuk mengumpulkan seleksi firma-firma guaman lain yang handal
dan berdikari yang berada di pusat-pusat komersial utama. Ini memastikan
kami tetap akan turut mencapai keinginan sejagat semua anak guam kami
pada tahap domestik dan tahap antarabangsa.
Kami ingin menjemput anda untuk melihat profil firma
kami yang akan memberitahu anda mengenai firma kami, kerja kami, budaya
kami dan orang-orang kami.
|